Maafkan aku.
Aku bukannya tak nak jujur dengan kau.
Aku cuma tak nak nampak lemah depan kau.
Aku nak nampak kuat di mata kau.
Ye!
Memang susah aku nak terima keputusan ni.
Walaupun ini keputusan yang aku buat sendiri.
Tapi aku tak boleh mengalah.
Aku tak boleh tunjuk lemah depan kau.
Sebab aku tak nak kau jadi lemah,
macam aku.
Aku nak kau jadi kuat.
Jangan kata kau tak kuat.
Aku tahu kau kuat!
Aku yakin.
Aku kenal sayang aku.
Sumber kekuatan tu bukan datangnya daripada aku.
Semua itu datang daripada Allah.
Bila kau lemah,
cari lah Allah.
Dia sentiasa ada untuk kau.
Dia sentiasa ada untuk hamba-hambaNya.
Sebab aku sayang kau lah aku buat macam ni.
Aku tak nak kita lalai dengan benda dunia semua ni.
Kita dah banyak lakukan kesilapan.
Kita dah terlalu banyak fikirkan keduniaan.
Sekiranya kau baca post ni.
Aku nak bagitahu,
Aku sayang kau.
Sebab sayang lah aku buat macam ni.
Tak ada niat pun dalam hati aku untuk buat kau sedih.
Maafkan aku sekiranya aku menyakitkan hati kau.
No comments:
Post a Comment