LIKE ME LIKE ME!
P/s: Kalau tak suka, anda boleh hold Ctrl and then tekan W :D

Nombor bertuah :)

Saturday, October 29, 2011

Aku tak faham :/

0 CoReTaN
Lelaki . Memang aku tak faham . Cinta tu , buta sangat ke ? Dia sedih bila dikecewakan , menangis disebabkan seorang perempuan . Well , bukan seorang lah yang buat dia nangis tu . Dah banyak kali jadi aku rasa . Tapi kenapa dia still degil ? Aku tak faham . Dia tak serik ke ? Kalau masochist tu , lain cerita lah .

Bila suka kat seseorang ni , mulalah dia update kat Febey , " Saya sayang awak ♥ ♥ " , " ILY secret admire " , etc . Oh , dia nak bagitahu kat satu dunia ke yang dia suka kat budak tu ? Bila dah dikecewakan , mulalah update status yang sedih sedih . Nak menagih simpati ke cik abang oi ? Bila dah sedih , dah nangis , tak serik juga ! Still kata dia masih suka kat si secret admire tu . Tak kenal erti serik ke cik abang ? Well , kalau SEKALI tak ada lah aku menyampah macam ni . Dah berkali kali kot . Dengan perempuan yang BERBEZA :)


Tak kira lah kau siapa pada aku , kekasih hati ke abang ke adik ke pak cik ke atok ke , aku tak kira ! Aku tetap nak luahkan apa yang aku rasa . Well , aku dah pernah bagitahu nak jadi diri aku sendiri kan ? Tak nak berpura pura sedapkan hati orang lain lagi dah . Sebab apa weh ? Sebab aku menyampah !


Please lah weh , matang lah sikit . Umur kau tu berapa ? 10 tahun ke ? Nak nangis sana nak nangis sini . Tak salah kau nak nangis , tapi tengok lah kau nangis tu untuk apa . Buang air mata je kau nangis pasal perempuansss weh . Kalau kau kumpul balik air mata kau tu , dah bergelen dah . Boleh buat sungai .

Sedarlah sikit , kau tu aku tengok tak lah brilliant gila nak mam . Then kau asyik nak fikir pasal perempuan . Perempuan perempuan perempuan . Tak ada benda lain dalam kepala kau tu ? Cuba lah buat mak bapak kau bangga kat kau . Kau tak nak ke diaorang bangga dengan kau ? Kau tak nak ?


Sorry lah kalau kau terasa dengan apa yang aku taip ni . Aku dah tak tahu nak buat macam mana nak sedarkan kau . Aku nasihat , kau tak nak dengar . Bila dah dikecewakan ke apa ke , baru lah kau nak minta maaf sebab tak dengar nasihat aku . Then , kau buat benda yang sama , OVER AND OVER AGAIN . Kau dah buat aku menyampah tahu ?


Fikir lah baik baik . Semua ni untuk masa depan kau juga . Aku sayang kau , sebab tu aku buat macam ni .

________________________________________________

Thursday, October 27, 2011

Lukisan O.o

0 CoReTaN
" Ada bakat terpendam . Kenapa tak ambil subjek seni ? "
" Seni banyak buat folio lah cikguuu . Saya kan malas nak buat benda benda macam tu :P "
" Malas je alasannya . Benda dah lepas pun , kalau anak kau ada bakat macam tu , galakkan dia ambil seni . Banyak jugak kelebihannya . ( Oh ye , siapa bapak dia ? ) "
" Apa ni cikguuuuuuu ! Saya mana ada anak -.- "
" " Kalau . " Tak faham maksud kalau ? Orang putih kata " If " "

Okay , cikgu aku sudah mula mengarut . Well , itulah SuperRo kami .

Ada satu persoalan di situ . Kenapa aku tak ambil subjek seni ? Oh yeah , aku suka melukis . Suka gila ! Itu pun , masa dulu lah . Sekarang ni , aku dah jarang melukis . Kenapa ? Sebab tak ada masa . Tipu . Masa aku banyak digunakan untuk berFeBeying jea . Haha .

Well , sekarang ni kan . Aku tak tahu lah kenapa , aku dah tak boleh nak melukis macam dulu . Sebab aku dah lama tak melukis kot ? Hmm . Maybe . Tapi ada masa masa tertentu aku boleh melukis macam dulu . Eh eh . Macam magic pulak . Aku cemburu gila kat orang yang pandai melukis , plus pandai mewarna . Aku nak jadi macam diaorang ! Abang aku yang second , pandai lukis potret and corak . Cantik bila dia lukis corak ! Aku suka Abang aku yang ketiga , pandai lukis pemandangan . Abang aku yang pertama aku tak tahu sebab tak pernah tengok dia melukis . Aku pulak ? Haha . Pandai lukis daun je :P

Dari dulu lagi , aku teringin nak buat komik sendiri . Haha . Angan angan je tu . Sampai sekarang , heh , habuk komik pun tak ada . Dulu masa aku kecik , aku ada juga lukis komik , tapi terbengkalai . Haha . Cerita entah apa apa . Bila tengok balik komik tu , masyaAllah ! Lukisan tak boleh teruk lagi ke ? Haha . Pernah juga aku terfikir nak jadi pelukis . Homakhaiii ! Orang macam aku ni nak jadi pelukis ? Entah entah , bau peluang pun aku tak dapat .


 

Lukisan ni aku lukis masa exam addmath . Haha . Rajin tak ? Aku lukis untuk Syafiqah Nazira , classmate aku :3 Dia ada kat depan mata aku , sebab tu aku lukis gambar dia . Dah bosan sangat . Fed up dengan soalan addmath sebenarnya .


Aku suka gila lukisan aku yang ni ! Sebab aku warna dengan baik . Ahaha . Ehee ~ Suka suka :3


Teddy bear ~ Comel tak ? Kalau tak comel senyap ! Shhh .


Oh yeah , ini Sasuke . Walaupun aku tak suka Sasuke , tapi aku tetap lukis dia . Haha . Na tampal dekat punching bag . Lepas tu boleh lepas geram . Haha . Tipu .


Lukisan ni aku lukis untuk subjek seni masa aku tingkatan 3 . Tahun 2009 . Lukisan ni dah diconteng ! Anak buah aku punya kerja . Haihh .

Okay , sampai sini sahaja lah . Tak baik riak banyak banyak , sikit sikit tak apa :3 Hee ~ Okay , papai ~

________________________________________________

Saturday, October 22, 2011

Graduation Day !

1 CoReTaN
Siapa kata budak Universiti je yang ada Graduation Day ? Kitaorang yang tak berapa nak dewasa ni pun ada tahu . It is not grand like other schools . Well , kami punya Graduation Day buat kat sekolah sahaja . However , it was full of joy that can't be described with words . One more word , exhausted .

Take a lots of pictures . Posing with I-don't-know-what-it-is style , like there is no tomorrow . That is what we call , exhausted . Singing like a professional . Miming je sebenarnya . Oh yeah ! It is wonderful :)



 







" Bakat sahaja tidak membawa anda ke mana mana . Anda perlu bekerja kuat untuk mencapai matlamat "


After the Majlis Hari Graduasi , we got an extra class for chemistry . Homakhai ! Mau explode kepala aku . Chemistry , Addmath . Itulah kehidupan kami di 5 Science 1 , got extra classes for chemistry and additional mathematics throughout the year . Haha , tipu .


Oh yeah , sangat terserlah kemalasanku di situ . Buku bersepah di atas meja , aku terlena sambil buat kerja chemistry . Okay , tipu lagi . Baring je tu . Penat punya pasal .


*****

Sedang aku terlena tapi tak diulit mimpi ,

" Adik ! "
" Apa dia ? "
" Ni abang call ni "
" Hello ? "
" Nak ikut pergi makan kat luar tak ? "
" Ha ? "
" Ajak Alia sekali . Cepat siap . "
" Err . . "

Tuut tuut [Talian sengaja diputuskan ]

Ceh . Macam apa je . Tak cakap apa apa pun .



Restoran CHOP N STEAK . 
 

 

 



Fillet steak

*****



Family and friends .
They completed each moment of my life .
Life is awesome :)

________________________________________________

Saturday, October 15, 2011

Selamat tinggal nenek :'(

0 CoReTaN
Tanggal 11 Oktober 2011 , nenek aku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 9.30 malam . Aku dan family aku yang terkejut mendengar berita tu , terus bergegas balik kampung . Sampai je kampung , aku pergi tengok nenek aku . Aku nampak dia terbaring kaku . Badannya ditutup dengan selimut . Aku salam mak cik aku , dia kata " Jura , Nyaie dah tak ada dah " Air  mata aku terus menitis . Aku cium dahi nenek aku . Rasa sejuk sangat dahi arwah nenek .

Nenek aku dah pergi tinggalkan aku . Dulu , aku ingat lagi . Nenek aku selalu panggil aku amoi . Sebab mak aku kata , dulu masa aku lahir , kulit aku putih macam anak orang cina . Sebab tu lah nenek aku panggil aku amoi . Lepas tu , bila balik kampung nenek aku suka cium pipi aku . And aku pulak selalu mengelak . Tapi sejak akhir akhir ni , sebelum nenek aku sakit , aku tak tahu lah kenapa aku tak mengelak bila nenek aku nak cium aku . And then nenek aku sakit . Untuk beberapa bulan . Masa nenek aku sakit tu , aku pulak yang selalu cium pipi nenek aku .

Malam tu , semua orang yang ada kat rumah nenek aku bacakan Yassin untuk arwah nenek aku .  Ah , terangnya malam tu . Bulan mengambang . Aku dongak ke langit , aku tengok langit memang betul betul terang disinari cahaya bulan yang mengambang .

Esoknya , arwah nenek dikebumikan lebih kurang pada pukul 11 pagi . Sebelum arwah nenek dikebumikan , sekali  lagi aku cium dahi nenek aku . Sejuk . Ramai yang datang tolong kebumikan mayat nenek . Semua saudara mara balik kampung , nak tengok nenek . Saudara aku yang tak pernah aku jumpa pun balik setelah beberapa puluh tahun tak balik . Malam tu buat majlis tahlil untuk nenek . Bulan mengambang jugak , macam semalam . Terang macam semalam .

Kat rumah arwah nenek , selalu ada burung burung yang datang . Arwah nenek selalu bagi makanan kat burung burung tu . Masa hari kematian arwah nenek , burung burung tu senyap je . Tak macam selalu . Burung burung tu pun macam tahu je yang nenek dah tak ada lagi .

Nenek dah tak ada . Tak ada sesiapa lagi yang nak panggil aku amoi lepas ni , tak ada sesiapa lagi yang berusaha nak cium pipi aku . Aku rindukan nenek . Kenapa nenek mesti pergi ? :'( Aku tak sempat nak ucapkan selamat tinggal .

Semua yang hidup , pasti akan mati . Allah mesti sayangkan nenek , sebab tu Allah ambil nenek pergi . Aku harap , nenek baik baik je kat sana . Kauorang semua , sedekahkan lah al-Fatihah untuk nenek aku . Terima kasih atas jasa baik kauorang semua . Aku amat hargainya :')

Nenek , selamat tinggal .
Semoga roh nenek dicucuri rahmat .
Al-Fatihah .

________________________________________________

Saturday, October 08, 2011

The missing rib

0 CoReTaN
A girl in love asked her boyfriend.

Girl: Tell me. Who do you love most in this world?
Boy: You, of course!
Girl: In your heart, what am I to you?

The boy thought for a moment and looked intently in her eyes and said,  
 "You are my rib. It was said that God saw that Adam was lonely. Hence, when Adam was sleeping, God took one of his rib and created Eve. Ever since then, every man has been searching for his missing rib. It is said that only when you find the woman of your life then you'll no longer feel the lingering ache in your heart."

The girl was extremely touched at his reply. Before long, there were married. After their wedding, the couple had a sweet and happy life for a while. However, the youthful couple began to drift apart due to the busy schedules in their lives and the never ending worries of daily problems. Their life became mundane. All the challenges posed by the harsh realities of life began to gnaw away their dreams and love for each other. The couple began to have more quarrels and each quarrel became more heated.

One day, after a particularly heated quarrel, the girl ran out of the house

At the opposite side of the road, she shouted,
 "You don't love me!"

The boy hated her childishness and out of impulse retorted,
 "Maybe, it was a mistake for us to be together! You were never my missing rib!"

Suddenly, she turned quiet and stood there for a long while. He regretted what he said but the words spoken are like water that was thrown away, you can never take it back. With tears, she went home to pack her things and was determined to breakup.

Before she left the house she said,
"If I'm really not your missing rib, please let me go."

She continued,
"It is less painful this way. Let us go on our separate ways and search for our own partners."

Five years went by...

He never remarried but he had tried to find out about her life indirectly. She had left the country for a while but retuned eventually. She had married a foreigner and that relationship ended with a divorce. He felt anguished that she never waited for him.

In the dark and lonely night, he lit his cigarette and felt the lingering ache in his heart. He couldn't bring himself to admit that he was missing her.

One day, they finally met each other by chance at the airport, a place where there were many reunions and goodbyes. He was going away on a business trip. She was standing there alone. They were separated by the security door She smiled at him gently.

Boy: How are you?
Girl: I'm fine. How about you? Have you found your missing rib?
Boy: No.
Girl: I'll be flying to New York in the next flight.
Boy: I'll be back in 2 weeks time. Give me a call when you are back. You know my number. Nothing has changed.

With a smile, she turned around and waved goodbye.

Goodbye...

One week later, he heard of her death. She had perished in New York in the event that shocked the world on September 11.

Once again on another dark and lonely night, he lit his cigarette. And like before, he felt the lingering ache in his heart. He finally knew. She was the missing rib that he had carelessly broken.

Sometimes, people say things out of moments of fury. More often than not, the outcome could be disastrous and detrimental. We vent our frustrations 99% of the time at our loved ones. And even though we know that we ought to "Think twice and act wisely", it's often easier said than done.

Many of the things which happened each day are beyond our control. Let us treasure every moment and everyone in our lives.

Tomorrow may never come.
Give and accept what you have today.

________________________________________________